Khamis

annissa umrah mabrur - tambang murah & tipu

annissa umrah mabrur - tambang murah & tipu, dalam keasyikkan untuk melaksanakan ibadah Umrah, kadang-kadang kita terlupa pada aspek keselamatan dan mungkin terlalu terpengaruh pada tawaran-tawaran atau pelbagai kenyataan yang mengelirukan dan dengan mudah buat bayaran pada mana-mana pihak atau individu. Boleh dikatakan setiap tahun berlakunya penipuan mengenai pakej umrah dan setiap kali itulah tindakan diambil dengan lapuran-lapuran didedahkan dipelbagai media.
Perlu didedahkan cara yang biasanya penipuan berlaku, antaranya ialah tawaran tambang yang murah jika biasanya antara RM 5 - 6 ribu iaitu bagi pakej biasa tetapi ditawarkan dengan harga agak luar biasa seperti bawah dari RM 2 ribu atau RM 3 ribu saja. Juga ada juga syarikat atau individu yang meminta supaya bakal jemaah umrah untuk buat pelaburan dan dengan pelaburan berkenaan tambang lebih murah. Kebiasaanya wang yang dilaburkan bagi ikuti pakej umrah berkenaan digunakan untuk perniagaan syarikat berkenaan. Dalam perniagaan ianya tertakluk pada untung dan rugi, maka jika syarikat berkenaan alami kerugian secara langsung jemaah turut terlibat dan gagal untuk ke tanah suci. 
Tawaran-tawaran yang mengelirukan juga berlaku, seperti ikuti ustaz-ustaz tertentu, ustaz yang terkenal, dipimpin oleh tokoh-tokoh tertentu dan pelbagai cerita-cerita yang sememangnya menarik. Untuk makluman, syarat yang sepatutnya dipatuhi oleh setiap jemaah tanpa mengira statusnya iaitu kekerapan untuk mendapatkan visa ke tanah suci dan ini menghadkan mana-mana individu untuk ke tanah suci. Jadi jika mana-mana pihak yang menyatakan sesuatu yang mengelirukan, rujuklah dulu dengan mana-mana pihak berkuasa. Jangan mudah terpengaruh dengan apa-apa dakwaan jika ianya hanya dibuat secara lisan, pastikannya secara bertulis dan mendapat lesen pengiklanan yang sah
Annissa Umrah adalah mengenai maklumat perjalanan melaksanakan ibadah Umrah, bagi yang inginkan info atau ingin turut serta dalam rombongan sama-sama melaksanakan ibadah Umrah Call / hubungi 013 2552000 / 013 6769888 dan ikuti keseluruhan kandungan blog annissaumrah.blogspot.com   

annissa umrah mabrur - berihram

annissa umrah mabrur - berihram, memakai ihram, bila sepatutnya memakai ihram dan bagaimana menentukannya. Jika mula perjalanan dari tanahair, tempat dimana ianya bermula ke Tanah Suci dan ianya boleh ditentukan dari awal.
jika perjalanan/penerbangan anda terus ke Madinah, anda tidak perlu berihram dan kebiasaannya setelah sampai di Madinah Al Munawarah, jemaah dibawa untuk ziarah dan tidak lakukan apa-apa yang memerlukan memakai ihram. Begitu juga jika jemaah dari Makkah ke Madinah, juga tidak perlu berihram.
berihram diwajibkan jika perjalanan/penerbangan anda terus ke Makkah Al Mukaramah. Kebiasaannya jemaah dikehendaki memakai ihram sebelum menaiki kapalterbang. Sebagaimana biasa, jemaah yang hendak berihram dikehendaki melakukan perkara-perkara yang disyaratkan seperti membersihkan diri, mandi sunat ihram, memakai ihram, solat sunat ihram dan tertakluk pada semua pantang larang dalam berihram. Namun niat berihram boleh dilakukan/dilafazkan samada setelah solat sunat ihram atau sejam sebelum sampai ke Makkah, kebiasaannya diumumkan semasa dalam penerbangan setelah hampir ke miqat dan sebaik saja niat dilafazkan, anda telah tertakluk dalam pantang larang berihram.
Annissa Umrah adalah mengenai maklumat perjalanan melaksanakan ibadah Umrah, bagi yang inginkan info atau ingin turut serta dalam rombongan sama-sama melaksanakan ibadah Umrah Call / hubungi 013 2552000 / 013 6769888 dan ikuti keseluruhan kandungan blog annissaumrah.blogspot.com 

annissa umrah mabrur - reda Illahi

annissa umrah mabrur - reda Illahi, perancangan yang sesuai dibuat bagi melaksanakan ibadah iaitu Umrah. Sebelum, semasa dan setelah yang perlu difikir serta di lakukan. Perjalanan yang jauh dengan ko$ yang agak tinggi, andainya dilakukan tanpa perancangan yang teliti dan nanti hanyalah satu pembaziran. Mengetahui sesuatu perkara sebelum ianya dibuat merupakan tips terbaik, sememangnya pun perlu cari apa-apa maklumat mengenai perkara yang akan dilakukan dan itu sebagai persediaan sebelum hadapinya.
Annissa Umrah adalah mengenai maklumat perjalanan melaksanakan ibadah Umrah, bagi yang inginkan info atau ingin turut serta dalam rombongan sama-sama melaksanakan ibadah Umrah Call / hubungi 013 2552000 / 013 6769888 dan ikuti keseluruhan kandungan blog annissaumrah.blogspot.com

Jumaat

Tahalul - bergunting bagi wanita dan disunatkan bercukur bagi lelaki

Tahalul - bergunting bagi wanita dan disunatkan bercukur bagi lelaki, sekurang-kurangnya 3 helai rambut di gunting. Maka selesailah satu Umrah, tiada lagi dalam pantang larang dan dah boleh pakai pakaian berjahit bagi lelaki dan bagi perempuan dah boleh 'berkasih sayang' dengan suami, itu yang pergi dengan suami, jika pergi dengan keluarga atau kawan-kawan, boleh bermuamalah seperti biasa. Jika nak di cerita dari mula niat/bermikaq, tawaf, sae'i dan tahalul nampak macam susah, tetapi ianya mudah saja dan tak terasa letih kerana itu Ibadah.
Jika terasa penat, letih boleh masuk bilik mandi, makan dan 'sleep'. Dah boleh 'bergurau senda' dan jika nak ulangi ibadah Umrah, boleh berniat samaada di Tana'em atau Jaranah. Selagi ada tenaga, boleh buat umrah sehari 3 kali, 2 kali atau sekali. Jangan pulak sekadar 'tawaf', 'sae'i' dalam bilik tidur, rugi beb.
Dengan izin Allah SWT, harap-harap dapat lagi kunjungi Kaabah, Baitullah, Insya'Allah

Khamis

Sae'i bermula di Safa dan berakhir di Marwah

Sae'i bermula di Safa dan berakhir di Marwah, 7 kali berulang alik, dengan bacaan ayat-ayat pendik atau doa. Berlari-lari anak bagi lelaki di lampu hijau / dinding yang di warnakan hijau dan berakhir berlari-lari anak pada lampu hijau berikutnya. Di sini boleh bersama-sama isteri atau kumpulan, laluan sehala dan ikut arus orang ramai. Jika bagi yang kali yang pertama biasanya dibawa oleh mutawif dan bacaan biasanya ikut mutawif. 
Pelajar dari pahang yang bersebelah zaujati / isteri, yang menjadi mutawif dan mudah kerana boleh bersoal jawab kerana 'orang kita'. Banyak pelajar-pelajar kita yang menuntut di universiti atau pondok disana, jadi pelajar-pelajar ini ambil kesempatan cari rezeki bagi menampung kos sara hidup / pelajaran dengan menjadi mutawif 'part' time. Amat mudah dengan bimbingan mutawif dari kalangan pelajar-pelajar kita. 
Hendaknya dapat lagi ke Makkah Al Mukaramah bagi melaksanakan Ibadah, Insya'Allah

Solat sunat Tawaf antara Hajaratul Aswad dan Pintu Kaabah - Multazam

Solat sunat Tawaf antara Hajaratul Aswad dan Pintu Kaabah - Multazam, sesudah selesai tawaf 7 keliling, terus lakukan solat sunat tawaf. Tempat antara paling baik untuk solat sunat adalah di antara Hajaratul Aswad dan pintu Kaabah atau dalam Hijir Ismail atau di sebut juga Multazam. Itu adalah tempat yang paling mustajab untuk berdoa, sesudah solat sunat tawaf terus berdoa. Berdoalah apa saja tetapi biarlah yang baik-baik, jangan lupa mohon kesihatan yang baik agar dapat laksanakan Ibadah dengan mudah.
Apabila pergi berdua, kenalah ingat iaitu jagalah apa yang patut di jaga dan nak kemana pun berdualah. Hadapan Kaabah, boleh solat dekat-dekat walaupun ada tempat dikhaskan pada jemaah wanita tetapi semasa solat tak ada sesiapa yang ganggu, jadi bolehlah berdua-dua dan lebih baik semasa solat, berdoa pun sama-sama, itu yang syoknya. Sebaik saja selesai solat dan berdoa, dapat pulak bergambar dekat-dekat depan Kaabah, syoknya. Moga-moga berkekalan dan dapat lagi bersama ke Makkah Al Mukaramah, Insya'Allah

Makkah Al Mukaramah, Masjidil Haram dan Ibadah Umrah

Makkah Al Mukaramah, Masjidil Haram dan Ibadah Umrah - disini kiblat seluruh umat Islam, setiap detik seluruh dunia mengadap ke arahnya. Bagi yang berkunjung kali yang pertama, sebaiknya masuk melalui pintu babus Salam, diikuti dengan bacaan doa dan terus masuk ke Kaabah bagi mengerjakan Ibadah Umrah. Bermula dari penjuru Hajarul Aswad, berniat tawaf dan seterusnya tawaf tujuh keliling Kaabah. Bagi memudahkan jemaah mengingati bilangan pusingan, boleh baca apa-apa doa, boleh baca apa-apa surah pendek dan hendaklah ingat bagi mengcukupi bilangan tawaf 7 keliling. Tiada apa-apa ayat, doa atau apa-apa bacaan yang diwajibkan dibaca semasa tawaf, tetapi perlu baca apa-apa yang sepatutnya agar tidak lalai semasa tawaf, jika tidak hafal apa-apa ayat atau doa, boleh hanya bertasbih, "subhanallah, Walhamdullillah, La'illah Ha'illallah, Allah'huAkbar". Boleh juga hanya bersyahadah, " La'illah Ha'illalah, Muhammad Rasulullah. Tetapi jika apa bacaan pun tak boleh baca, jangan pergi laaa, itu pesan tok guru saya laaa.
Ingat selagi belum tahalul / bergunting, selagi itu masih dalam pantang larang. Sebagaimana di Madinah, di Makkah pun ada Mutawif, tetapi biasanya akan tertinggal dengan mutawif kerana keadaan ramai. Jadi kenalah buat sendiri dan sememangnya pun semua perbuatan dalam Ibadah Umrah kena buat sendiri, walaupun uzur dibantu orang lain dengan berkerusi roda tetap juga kena buat sendiri iaitu bacaan semasa tawaf. Agak mudah jika hanya baca, "subhanallah, Walhamdullillah, La'illah Ha'illallah, Allah'huAkbar" sepanjang tawaf dan dengan bacaan 7 surah-surah pendek dan di penjuru Rukun Yamani perlu baca " Rabana'Aatina Fid'dunia hasanah, Wal Fir Akhirah Hasanah" sehingga habis satu pusingan di Penjuru Hajara Aswad. Ulangi sehingga 7 pusingan dan berhati-hati bagi menjaga wudud / air sembahyang. Jangan sengaja bertolak-tolak kerana bimbang bahu kiri tidak lagi mengadap Baitullah. Jika terbatal air sembahyang, tertolak dan sebagainya, boleh keluar dan mulakannya semula atau sambung pada bilangan yang  terbatal. 
Romantiknya tawaf bersama zaujati / isteri di sisi, buat slow-slow dan boleh berpegang tetapi tidak bersentuh kulit, kena pandang-pandang jangan terlangar orang. Umrah semasa 'low season' masa kurang orang, agak mudah dan yang 'best'nya boleh tawaf dekat atau paling hampir dengan Kaabah. 3 - 4 minit selesai satu tawar sebab dekat bertawaf dengan kaabah. Mudah-mudahan dapat lagi sahut panggilan Kaabah, Insya'Allah.

Mikaq / tempat memulakan niat - Umrah, di Masjid Bir Ali

Mikaq / tempat memulakan niat - Umrah, di Masjid Bir Ali, Bir Ali adalah tempat bermikaq bagi jemaah dari Madinah untuk ke Makkah. Di Masjid Bir Ali, boleh mandi sunat bagi mengerjakan Umrah, Solat dan seterusnya berniat sesudah selesai solat. Tetapi sebelum berniat perlu berihram, boleh berihram semasa solat. 
Untuk mudah nak faham, apabila sampai di Masjid Bir Ali, mandi, jika nak bercukur apa yang patut tu, bersihkanlah tubuh badan sebaik-baiknya, sesudah mandi pakai ihram tetapi jangan niat lagi, jika terus niat terus berada dalam pantang larang berihram, jadi sesudah berihram boleh terus solat, samaada solat waktu atau solat sunat. Berihram bagi lelaki dengan 2 helai kain putih dan bagi jemaah wanita adalah sebagaimana pakaian dalam sembahyang. Bezanya lelaki tidak boleh pakai pakaian berjahit tetapi wanita boleh pakai apa saja yang menutup seluruh aurat hanya muka, tapak tangan dan boleh bersarung tangan.
Sebaik saja selesai solat samaada berjemaah atau solat sendiri, berniatlah " sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'alla ". Jangan pulak nak tambah lain-lain perkataan pada niat tu, nak tambah rakaat kaa, nak tambah perkataan umrah mabrur kaa atau apa-apa pun. Kecuali jika mengerjakan umrah bagi pihak arwah ibu bapa atau bagi pihak orang lain. Niat bagi menerjakan umrah bagi pihak orang lain, contoh jika untuk arwah ibu " sahaja aku mengerjakan umrah bagi arwah ibuku dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'alla'. Ada juga yang terus sebut nama selepas perkataan umrah. Tetapi jika kali pertama sampai, wajib lakukan bagi diri sendiri dan selepas itu boleh lakukan umrah bagi pihak orang lain. Syukur kerana dapat laksanakan ibadah Umrah pada arwah Ibu, bapa dan nenek Alhamdullillah, moga-moga beroleh ketenangan roh-roh kedua ibubapa di alam barzah, Insya'Allah. . 

Ziarah Wida' / Zairah selamat tinggal

Ziarah Wida' / Ziarah selamat tinggal, setiap yang bermula akan berakhir, agak berat hati nak meninggalkan dimana bumi tersimpannya jasad Nabi SAW, namun ketentuan Illahi jua yang maha berkuasa. Bagi yang mengerjakan Umrah, hanya 3 - 4 hari di Madinah Al Munawarah berbeza jika yang mengerjakan Ibadah haji agak lebih lama di Madinah Al Munawarah. 
Ziarah Wida' atau ziarah selamat tinggal pada Rasullullah SAW, pelbagai doa yang boleh dibaca takkala mengziarahinya. Namun yang penting selepas ziarah wida', tidak lagi boleh bersiar-siar dan sebaiknya terus naik bas ke Masjid Bir Ali, tempat dimana untuk bermikat / niat bagi mengerjakan ibadah Umrah.
Bagi jemaah wanita, dapat berdoa takkala melalui kawasan makam Nabi SAW dari luar dan bagi jemaah lelaki boleh terus masuk melalui pintu no.1 Babus Salam, berdoa terus hadapan Makam Nabi SAW. Di saat akhir dapat juga solat sunat dalam Raudah, berdoa dan memberikan salam pada Rasullullah SAW. Syukur beroleh kelapangan semasa ziarah wida' sebelum bertolak ke Masjid Bir Ali / Mikad / tempat berniat untuk mengerjakan Ibadah Umrah, Alhamdullillah.
Sayu dihati disaat--saat melangkah meninggalkan Masjidil Nabawi, Makam Rasullullah SAW, amat diharap-harapkan agar dapat lagi zairah di bumi suci Madinahtul Al Munawarah, Insya'Allah.

Ziarah sekitar Madinah Al Munawarah

Ziarah sekitar Madinah Al-Munawarah, terdapat dua jenis ziarah iaitu yang dikatakan ziarah dalam dan ziarah luar. Ziarah dalam adalah yang berkaitan dalam Masjidil Nabawi hingga perkuburan Baqi'. Dan zairah luar adalah beberapa tempat antaranya masjid tujuh, perkuburan Shuhada Uhud/Bukit Uhud, Masjid Dua Kiblat dan sebagainya. Juga jika ada kelapangan boleh ke pasar kurma dan kebun kurma. Mutawif akan membantu dalam memberikan penerangan tempat-tempat bersejarah. Tetapi jika dalam kumpulan yang agak besar, agak sukar mengikuti penerangan oleh mutawif. Syukur semasa saya serta isteri dalam kumpulan yang kecil / eksklusif mendapat tumpuan secara langsung oleh mutawif. Bersama dalam rombongan adalah 3 org pemenang bacaan quran peringkat daerah, penulis buku YBhg Dato'Aziz Deraman/isteri dan 2 yang lain. Dengan kumpulan yang kecil mudah perjalanan dan agak selesa dalam semua pergerakkan.
Pengalaman di kebun kurma bersantai dengan isteri, beli kurma Ajwa/kurma Nabi SAW dan ber'canda' di awal pagi sekitar Masjidil Nabawi. Syadunya di awal pagi, tiada kesesakkan dan boleh bergerak bebas sekitar kota suci Madinah Al Munawarah. Sebelum ber'canda', sesudah solat isya, ber'shoping' ole-ole dari Madinah, jubah yang cantik dengan harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan di beli di K L. Sebagai pandangan, jika nak ke Umrah, tak payahlah beli pakaian banyak-banyak sebelum pergi kerana pelbagai benda ada di makkah/Madinah. Buat berat beg dan perlu ingat hanya 30 Kg saja yanga boleh dibawa balik, jika lebih kena bayar lebih pada berat begasi.
Mudah-mudahan saat-saat manis bersama isteri di kota suci Madinah Al Munawarah dapat lagi di ulangi, Insya'Allah 

Makam Rasullullah SAW, Mimbar Nabi SAW dan Raudhah

Makam Rasulullah SAW, Mimbar Nabi SAW dan Raudhah - " tempat yang di antara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga" hadis sahih. Beruntonglah ditakdirkan berada dalam taman syurga ketika berada antara Makam dan Mimbar Nabi SAW. Makam Nabi SAW adalah sebelum wafatnya Nabi SAW merupakan rumahnya. Hadis diatas adalah sabdanya yang diriwayatkan dan sahih.
Dari hari pertama di Masjidil Nabawi, beroleh ruang dengan ketentuan Illahi dan beberapa kali dapat solat sunat serta solat waktu juga berdoa di Raudah, Alhamdullillah. Sebagai panduan pada jemaah yang akan ziarah ke Madinah Al Munawarah, masuk masjildil Nabawi melalui pintu Babus Salam, sebaik saja selepas berdoa ketika masuk dan ambil lorong yang ke dua, sebaik saja tidak boleh lagi jalan, itulah tempatnya Raudah. Jika terus melalui arus perjalanan biasa dari pintu Babus Salam, akhirnya terus keluar Masjid. Jika ambil lorong ke dua selepas masuk melalui Babus Salam, tiada jalan keluar kerana di situ ada Makam Nabi SAW. Dan biasanya kawasan Raudah sesak, berdoalah untuk dapat solat dalam kawasan Raudah. 
Seperti pic/gambar diatas, mimbar / tempat imam mengimamkan solat waktu ada dua di dalam Masjidil Nabawi, yang baru digunakan oleh Imam dan yang lama tidak digunakan. Mimbar yang lama adalah Mimbar asal Nabi SAW.
Biasanya bagi jemaah yang pertama kali ziarah akan dibawa oleh Mutawif, tetapi bagi jemaah wanita 'view'/pandangan agak berbeza dengan jemaah lelaki namun di awal pagi antara jam 9 - 11 pagi, jemaah wanita dibolehkan ziarah dan solat sunat di Raudah. Gunakanlah masa sebaiknya ketika berada di Madinah Al Munawarah dengan memperbanyakkan solat samaada solat waktu dan solat-solat sunat. Setiap amalan digandakan dengan 1000 kali iaitu semua amalan ibadah. Jika buat 'window shoping' atau tidur dalam bilik sangat-sangatlah merugikan diri sendiri. Masa yang terhad ketika berada di Madinah menafaatkanlah. Mudah-mudahan diberikan kelapangan masa, rezeki dan dapat kembali lagi ziarah Madinah Al Munawarah, Insya'Allah.    

Rabu

Madinah Al Munawarah & Masjidil Nabawi, Makam Rasullullah SAW

Madinah Al Munawarah & Masjidil Nabawi, Makam Rasullullah SAW - Ziarah Makam Rasullullah SAW seumpama zairah Nabi SAW semasa hayatnya, alangkah beruntongnya umat akhir zaman ini yang diberikan kelapangan masa bagi mengziarahinya. Syukur atas kurniaan Illahi kerana atas ketentuannya dapat ziarah makam Nabi SAW.
Sebagai perkongsian pengetahuan dengan semua pembaca blog ini, Masjidil Nabawi begitu besar dan terdapat banyak pintu untuk masuk kedalamnya. Mungkin ratusan ribu jemaah boleh solat dalamnya. Bagi memudahkan jemaah mengingati pintu dimana mula masuk, sebelum melangkah masuk melalui mana-mana pintu perhatikan sebelah atas pintu dimana akan tertera nombor pintu, sebagai contoh gambar diatas, pintu Al-Nisa gate 39. Ingat dimana pintu masuk dan semasa keluar nanti, carilah pintu yang sama. Walaupun pintu berkenaan antara ratusan pintu di Masjidil Nabawi dan kebetulan namanya seakan-akan sama dengan nama syarikat saya Annissa Global Sdn Bhd. Dan jemaah di galakkan masuk melalui pintu Al-Salam juga disebut sebagai Babus Salam.
Satu mercu tanda masjidil Nabawi adalah Makam Rasullullah SAW, dari luar amat jelas dengan kubah hijau, dibawah hijau terletaknya makam Rasullullah SAW. Pintu paling hampir dengan makam Nabi SAW adalah pintu Babus Salam, untuk lebih mudah mencari pintu Babus Salam adalah dengan perhatikan tanda pada sebelah atas pintu. Pelbagai doa yang digalakkan dibaca ketika memasuki melalui pintu babus Salam. Namun bagi yang pertama kali melaksanakan ziarah, ianya akan dibawa oleh mutawif atau pembawa ziarah dan biasanya akan dibimbing pelbagai doa.
" Ya'Allah. mohon redamu agar dapat aku zairah lagi makam Rasullullah SAW, Insya'Allah"

perjalanan kasih sayang & cinta illahi

menyusuri jejak para ambia, menyahut seruan Illahi dan sunnah Rasullullah SAW, juga dengan cadangan isteri tersayang bagi menyempurnakan ibadah Umrah semasa ada kemampuan bagi melaksanakannya. Walaupun sebelum ini pernah menyempurakan ibadah Haji dan bersama ibu serta bapa laksanakan ibadah Umrah. Agak teruja, apabila kerap kunjungi Baitullah - masya'Allah, bertapa Agungnya kebesaranmu Ya'Allah yang memberikan segala kemudahan, melapangkan dada dalam melaksanakan Ibadah Umrah - Subhanallah

Umrah Mabrur - perjalanan menuju reda' illahi

Umrah Mabrur - perjalanan menuju reda' illahi, apakah ungkapan kata-kata yang dapat di lafaskan bagi mengambarkan perasaan apabila hajat serta cita-cita di makbulkan oleh yang maha berkuasa, Allah Subhanahuwata'alla. Menyempurnakan ibadah Umrah bersama-sama isteri tersayang, sama-sama sujud di hadapan Baitullah dan menyempurnakan segala syarat-syarat yang diwajibkan bagi menyempurnakan Ibadah Umrah.
Bagi tujuan menafaatkan pengalaman serta tujuan menyeru semua saudara seagama, semoga dapat dijadikan panduan bagi yang akan menyempurnakan Ibadah Umrah. Dengan ini diperturunkan nota-nota catatan pada blog, moga-moga dengan izin Allah SWT dapat dimenafaatkan, Insya'Allah.