Khamis

Makkah Al Mukaramah, Masjidil Haram dan Ibadah Umrah

Makkah Al Mukaramah, Masjidil Haram dan Ibadah Umrah - disini kiblat seluruh umat Islam, setiap detik seluruh dunia mengadap ke arahnya. Bagi yang berkunjung kali yang pertama, sebaiknya masuk melalui pintu babus Salam, diikuti dengan bacaan doa dan terus masuk ke Kaabah bagi mengerjakan Ibadah Umrah. Bermula dari penjuru Hajarul Aswad, berniat tawaf dan seterusnya tawaf tujuh keliling Kaabah. Bagi memudahkan jemaah mengingati bilangan pusingan, boleh baca apa-apa doa, boleh baca apa-apa surah pendek dan hendaklah ingat bagi mengcukupi bilangan tawaf 7 keliling. Tiada apa-apa ayat, doa atau apa-apa bacaan yang diwajibkan dibaca semasa tawaf, tetapi perlu baca apa-apa yang sepatutnya agar tidak lalai semasa tawaf, jika tidak hafal apa-apa ayat atau doa, boleh hanya bertasbih, "subhanallah, Walhamdullillah, La'illah Ha'illallah, Allah'huAkbar". Boleh juga hanya bersyahadah, " La'illah Ha'illalah, Muhammad Rasulullah. Tetapi jika apa bacaan pun tak boleh baca, jangan pergi laaa, itu pesan tok guru saya laaa.
Ingat selagi belum tahalul / bergunting, selagi itu masih dalam pantang larang. Sebagaimana di Madinah, di Makkah pun ada Mutawif, tetapi biasanya akan tertinggal dengan mutawif kerana keadaan ramai. Jadi kenalah buat sendiri dan sememangnya pun semua perbuatan dalam Ibadah Umrah kena buat sendiri, walaupun uzur dibantu orang lain dengan berkerusi roda tetap juga kena buat sendiri iaitu bacaan semasa tawaf. Agak mudah jika hanya baca, "subhanallah, Walhamdullillah, La'illah Ha'illallah, Allah'huAkbar" sepanjang tawaf dan dengan bacaan 7 surah-surah pendek dan di penjuru Rukun Yamani perlu baca " Rabana'Aatina Fid'dunia hasanah, Wal Fir Akhirah Hasanah" sehingga habis satu pusingan di Penjuru Hajara Aswad. Ulangi sehingga 7 pusingan dan berhati-hati bagi menjaga wudud / air sembahyang. Jangan sengaja bertolak-tolak kerana bimbang bahu kiri tidak lagi mengadap Baitullah. Jika terbatal air sembahyang, tertolak dan sebagainya, boleh keluar dan mulakannya semula atau sambung pada bilangan yang  terbatal. 
Romantiknya tawaf bersama zaujati / isteri di sisi, buat slow-slow dan boleh berpegang tetapi tidak bersentuh kulit, kena pandang-pandang jangan terlangar orang. Umrah semasa 'low season' masa kurang orang, agak mudah dan yang 'best'nya boleh tawaf dekat atau paling hampir dengan Kaabah. 3 - 4 minit selesai satu tawar sebab dekat bertawaf dengan kaabah. Mudah-mudahan dapat lagi sahut panggilan Kaabah, Insya'Allah.