annissa umrah mabrur - berihram, memakai ihram, bila sepatutnya memakai ihram dan bagaimana menentukannya. Jika mula perjalanan dari tanahair, tempat dimana ianya bermula ke Tanah Suci dan ianya boleh ditentukan dari awal.
jika perjalanan/penerbangan anda terus ke Madinah, anda tidak perlu berihram dan kebiasaannya setelah sampai di Madinah Al Munawarah, jemaah dibawa untuk ziarah dan tidak lakukan apa-apa yang memerlukan memakai ihram. Begitu juga jika jemaah dari Makkah ke Madinah, juga tidak perlu berihram.
berihram diwajibkan jika perjalanan/penerbangan anda terus ke Makkah Al Mukaramah. Kebiasaannya jemaah dikehendaki memakai ihram sebelum menaiki kapalterbang. Sebagaimana biasa, jemaah yang hendak berihram dikehendaki melakukan perkara-perkara yang disyaratkan seperti membersihkan diri, mandi sunat ihram, memakai ihram, solat sunat ihram dan tertakluk pada semua pantang larang dalam berihram. Namun niat berihram boleh dilakukan/dilafazkan samada setelah solat sunat ihram atau sejam sebelum sampai ke Makkah, kebiasaannya diumumkan semasa dalam penerbangan setelah hampir ke miqat dan sebaik saja niat dilafazkan, anda telah tertakluk dalam pantang larang berihram.
Annissa Umrah
adalah mengenai maklumat perjalanan melaksanakan ibadah Umrah, bagi yang
inginkan info atau ingin turut serta dalam rombongan sama-sama
melaksanakan ibadah Umrah Call / hubungi 013 2552000 / 013 6769888 dan
ikuti keseluruhan kandungan blog annissaumrah.blogspot.com