Khamis

Ziarah sekitar Madinah Al Munawarah

Ziarah sekitar Madinah Al-Munawarah, terdapat dua jenis ziarah iaitu yang dikatakan ziarah dalam dan ziarah luar. Ziarah dalam adalah yang berkaitan dalam Masjidil Nabawi hingga perkuburan Baqi'. Dan zairah luar adalah beberapa tempat antaranya masjid tujuh, perkuburan Shuhada Uhud/Bukit Uhud, Masjid Dua Kiblat dan sebagainya. Juga jika ada kelapangan boleh ke pasar kurma dan kebun kurma. Mutawif akan membantu dalam memberikan penerangan tempat-tempat bersejarah. Tetapi jika dalam kumpulan yang agak besar, agak sukar mengikuti penerangan oleh mutawif. Syukur semasa saya serta isteri dalam kumpulan yang kecil / eksklusif mendapat tumpuan secara langsung oleh mutawif. Bersama dalam rombongan adalah 3 org pemenang bacaan quran peringkat daerah, penulis buku YBhg Dato'Aziz Deraman/isteri dan 2 yang lain. Dengan kumpulan yang kecil mudah perjalanan dan agak selesa dalam semua pergerakkan.
Pengalaman di kebun kurma bersantai dengan isteri, beli kurma Ajwa/kurma Nabi SAW dan ber'canda' di awal pagi sekitar Masjidil Nabawi. Syadunya di awal pagi, tiada kesesakkan dan boleh bergerak bebas sekitar kota suci Madinah Al Munawarah. Sebelum ber'canda', sesudah solat isya, ber'shoping' ole-ole dari Madinah, jubah yang cantik dengan harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan di beli di K L. Sebagai pandangan, jika nak ke Umrah, tak payahlah beli pakaian banyak-banyak sebelum pergi kerana pelbagai benda ada di makkah/Madinah. Buat berat beg dan perlu ingat hanya 30 Kg saja yanga boleh dibawa balik, jika lebih kena bayar lebih pada berat begasi.
Mudah-mudahan saat-saat manis bersama isteri di kota suci Madinah Al Munawarah dapat lagi di ulangi, Insya'Allah