Makam Rasulullah SAW, Mimbar Nabi SAW dan Raudhah - " tempat yang di antara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga" hadis sahih. Beruntonglah ditakdirkan berada dalam taman syurga ketika berada antara Makam dan Mimbar Nabi SAW. Makam Nabi SAW adalah sebelum wafatnya Nabi SAW merupakan rumahnya. Hadis diatas adalah sabdanya yang diriwayatkan dan sahih.
Dari hari pertama di Masjidil Nabawi, beroleh ruang dengan ketentuan Illahi dan beberapa kali dapat solat sunat serta solat waktu juga berdoa di Raudah, Alhamdullillah. Sebagai panduan pada jemaah yang akan ziarah ke Madinah Al Munawarah, masuk masjildil Nabawi melalui pintu Babus Salam, sebaik saja selepas berdoa ketika masuk dan ambil lorong yang ke dua, sebaik saja tidak boleh lagi jalan, itulah tempatnya Raudah. Jika terus melalui arus perjalanan biasa dari pintu Babus Salam, akhirnya terus keluar Masjid. Jika ambil lorong ke dua selepas masuk melalui Babus Salam, tiada jalan keluar kerana di situ ada Makam Nabi SAW. Dan biasanya kawasan Raudah sesak, berdoalah untuk dapat solat dalam kawasan Raudah.
Seperti pic/gambar diatas, mimbar / tempat imam mengimamkan solat waktu ada dua di dalam Masjidil Nabawi, yang baru digunakan oleh Imam dan yang lama tidak digunakan. Mimbar yang lama adalah Mimbar asal Nabi SAW.
Biasanya bagi jemaah yang pertama kali ziarah akan dibawa oleh Mutawif, tetapi bagi jemaah wanita 'view'/pandangan agak berbeza dengan jemaah lelaki namun di awal pagi antara jam 9 - 11 pagi, jemaah wanita dibolehkan ziarah dan solat sunat di Raudah. Gunakanlah masa sebaiknya ketika berada di Madinah Al Munawarah dengan memperbanyakkan solat samaada solat waktu dan solat-solat sunat. Setiap amalan digandakan dengan 1000 kali iaitu semua amalan ibadah. Jika buat 'window shoping' atau tidur dalam bilik sangat-sangatlah merugikan diri sendiri. Masa yang terhad ketika berada di Madinah menafaatkanlah. Mudah-mudahan diberikan kelapangan masa, rezeki dan dapat kembali lagi ziarah Madinah Al Munawarah, Insya'Allah.