Khamis

Mikaq / tempat memulakan niat - Umrah, di Masjid Bir Ali

Mikaq / tempat memulakan niat - Umrah, di Masjid Bir Ali, Bir Ali adalah tempat bermikaq bagi jemaah dari Madinah untuk ke Makkah. Di Masjid Bir Ali, boleh mandi sunat bagi mengerjakan Umrah, Solat dan seterusnya berniat sesudah selesai solat. Tetapi sebelum berniat perlu berihram, boleh berihram semasa solat. 
Untuk mudah nak faham, apabila sampai di Masjid Bir Ali, mandi, jika nak bercukur apa yang patut tu, bersihkanlah tubuh badan sebaik-baiknya, sesudah mandi pakai ihram tetapi jangan niat lagi, jika terus niat terus berada dalam pantang larang berihram, jadi sesudah berihram boleh terus solat, samaada solat waktu atau solat sunat. Berihram bagi lelaki dengan 2 helai kain putih dan bagi jemaah wanita adalah sebagaimana pakaian dalam sembahyang. Bezanya lelaki tidak boleh pakai pakaian berjahit tetapi wanita boleh pakai apa saja yang menutup seluruh aurat hanya muka, tapak tangan dan boleh bersarung tangan.
Sebaik saja selesai solat samaada berjemaah atau solat sendiri, berniatlah " sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'alla ". Jangan pulak nak tambah lain-lain perkataan pada niat tu, nak tambah rakaat kaa, nak tambah perkataan umrah mabrur kaa atau apa-apa pun. Kecuali jika mengerjakan umrah bagi pihak arwah ibu bapa atau bagi pihak orang lain. Niat bagi menerjakan umrah bagi pihak orang lain, contoh jika untuk arwah ibu " sahaja aku mengerjakan umrah bagi arwah ibuku dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'alla'. Ada juga yang terus sebut nama selepas perkataan umrah. Tetapi jika kali pertama sampai, wajib lakukan bagi diri sendiri dan selepas itu boleh lakukan umrah bagi pihak orang lain. Syukur kerana dapat laksanakan ibadah Umrah pada arwah Ibu, bapa dan nenek Alhamdullillah, moga-moga beroleh ketenangan roh-roh kedua ibubapa di alam barzah, Insya'Allah. .