Madinah Al Munawarah & Masjidil Nabawi, Makam Rasullullah SAW - Ziarah Makam Rasullullah SAW seumpama zairah Nabi SAW semasa hayatnya, alangkah beruntongnya umat akhir zaman ini yang diberikan kelapangan masa bagi mengziarahinya. Syukur atas kurniaan Illahi kerana atas ketentuannya dapat ziarah makam Nabi SAW.
Sebagai perkongsian pengetahuan dengan semua pembaca blog ini, Masjidil Nabawi begitu besar dan terdapat banyak pintu untuk masuk kedalamnya. Mungkin ratusan ribu jemaah boleh solat dalamnya. Bagi memudahkan jemaah mengingati pintu dimana mula masuk, sebelum melangkah masuk melalui mana-mana pintu perhatikan sebelah atas pintu dimana akan tertera nombor pintu, sebagai contoh gambar diatas, pintu Al-Nisa gate 39. Ingat dimana pintu masuk dan semasa keluar nanti, carilah pintu yang sama. Walaupun pintu berkenaan antara ratusan pintu di Masjidil Nabawi dan kebetulan namanya seakan-akan sama dengan nama syarikat saya Annissa Global Sdn Bhd. Dan jemaah di galakkan masuk melalui pintu Al-Salam juga disebut sebagai Babus Salam.
Satu mercu tanda masjidil Nabawi adalah Makam Rasullullah SAW, dari luar amat jelas dengan kubah hijau, dibawah hijau terletaknya makam Rasullullah SAW. Pintu paling hampir dengan makam Nabi SAW adalah pintu Babus Salam, untuk lebih mudah mencari pintu Babus Salam adalah dengan perhatikan tanda pada sebelah atas pintu. Pelbagai doa yang digalakkan dibaca ketika memasuki melalui pintu babus Salam. Namun bagi yang pertama kali melaksanakan ziarah, ianya akan dibawa oleh mutawif atau pembawa ziarah dan biasanya akan dibimbing pelbagai doa.
" Ya'Allah. mohon redamu agar dapat aku zairah lagi makam Rasullullah SAW, Insya'Allah"